MENU

Fun & Interesting

1 Malam di PULAU TIGABU, Kudat, Sabah.

SAS Studio 2,855 lượt xem 2 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Pulau Tigabu merupakan salah satu pulau berpenghuni yang terletak di daerah Kudat. Jarak pulau ini kira-kira 90KM mengikut jalan laut dari jeti kudat dan 50KM dari jeti Pulau Banggi. Penghuni pulau ini dianggarkan melebihi 500 orang namun ramai yang bekerja dan menetap di luar. Pulau ini cuma mempunyai keluasan kira-kira 4.5KM persegi.

Untuk ke pulau ini, penduduk akan menaiki bot dari Kanibongan Pitas ke Pulau Tigabu. Ini merupakan jalan utama penghubung antara pulau dan 'darat' bagi mereka. Apa yang kami difahamkan, tambang bot untuk ke Pitas adalah RM300-400 untuk satu-satu bot yang mana mampu memuatkan 4-5 orang penumpang sahaja. Di pulau ini cuma terdapat sekolah rendah sahaja dan murid akan bersekolah di pekan Kudat apabila masuk ke sekolah menengah.

Klinik kesihatan juga tidak ada di pulau ini dan mereka perlu ke Pitas untuk mendapatkan rawatan. Tenaga elektrik pula dijana menggunakan mesin generator manakala bekalan air bersih pula dari sumber air mata air dan perigi. Talian telefon dan internet juga tidak ada di sini, mereka perlu ke jeti atau mendaki bukit untuk mendapatkan talian yang mana talian itu didapati dari pemancar sebelah Pitas. Kehidupan mereka di sini sangat sederhana namun keadaan di pulau ini sangat aman dan tenang. 1 malam di pulau ini memperlihatkan kami keadaan hidup di sini dan bagaimana kesusahan yang mereka alami terutamanya dalam mendapatkan kemudahan dqn keperluan asas setiap hari.

Diharapkan dengan adanya kerajaan baru ini, mampu memberikan perhatian kepada masalah rakyat terutamanya masalah yang melibatkan kemudahan dan keperluan asas. Biarlah semua rakyat dapat merasai keselesaan tidak kira yang berada di bandar, pekan mahupun kawasan pedalaman darat dan pedalaman air.

Music from Uppbeat (free for Creators!):
https://uppbeat.io/t/richard-smithson/shout
License code: EZWDZEFRBNZDFPY2

https://uppbeat.io/t/pecan-pie/clean-slate
License code: CECFJ6V1PH1Y3VLO

https://uppbeat.io/t/sensho/forgiveness
License code: KUDNJHN7VVQA1FDC

https://uppbeat.io/t/abbynoise/connection
License code: QPMDLHE8TIP7VYD3

https://uppbeat.io/t/vens-adams/rise-of-the-hero
License code: ATMNL2DEQNGYBCIY

Comment