➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️
10 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak
00:00 Kotak makanan
Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. Apabila tiba waktu makan tengahari, Bing tunjukkan kepada Pando dan Sula bekas makan tengahari Hoppity Voosh-nya yang baru! Tetapi Pando juga ada yang serupa- SEPADAN! Mula-mula memang rasa seronok apabila sama, tetapi kemudian, Bing dan Pando tertukar bekas dan dapat makanan yang salah.
06:23 Parti Mainan
Bing dan Hoppity, Pando dan Bullabaloo, semuanya sedang menghadiri jamuan teh Sula dan Hippoty hari ini! Tetapi apabila Sula beri lebih kek kepada Bullabaloo berbanding Hoppity, Bing rasa itu tidak adil dan Sula kemudiannya letak Hoppity ke dalam kotak mainan. Apakah yang akan terjadi apabila Bing berasa marah lalu menolak Sula.
12:46 Kepala Telur
Bing dan rakan-rakannya berada di tempat Amma hari ini untuk buat kepala telur yang bernama Eggy! Mereka ada kesemua barang yang mereka perlukan iaitu; kulit telur, biji benih pokok selada dan pen warna warni untuk lukis muka pada kulit telur. Amma beritahu mereka yang ia akan mengambil masa selama 7 kali tidur untuk kepala Eggy tumbuh rambut sayurnya dan ia memerlukan air, cahaya dan juga kesabaran. Tetapi Bing ada idea lain untuk bantu Eggy tumbuh rambut dengan lebih cepat….
19:09 Kereta api
Bing dan Pando sedang bermain dengan kereta api mainan Bing di taman permainan. Kereta api itu pandai melintasi jambatan dan hebat dalam meluncur. Tetapi ketika Bing meluncurkannya dari bumbung rumah mainan, kereta api jatuh terhempas dan pecah. Adakah Bing dapat membaikinya?
25:32 Atchoo!
Bing sedang bersiap-siap untuk pergi ke rumah Sula tetapi dia tiba-tiba bersin tanpa berhenti dan badannya berasa panas jadi terpaksalah dia tinggal di rumah dan simpan hidung beringusnya untuk dirinya sendiri. Dia berharap dia masih boleh bermain di rumah Sula dan makan bagel karot Amma yang sedap sehinggalah tiba-tiba datang pelawat yang tak disangkakannya...
31:55 Pertunjukan
Bing dan rakan-rakannya berada di pentas pertunjukan di taman apabila mereka memutuskan untuk buat satu pertunjukan! Coco akan menari balet, Pando akan bernyanyi, Sula akan buat akrobatik, dan Bing pula akan membuat persembahan terakhir! Tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing berdiri di atas pentas dan berasa tidak selesa apabila semua orang memandang kepadanya?
38:18 Bakat
Sula, Pando, Flop dan Padget semuanya ada bakat tersendiri, iaitu perkara istimewa yang hanya dapat dilakukan oleh mereka. Bing berusaha mencari bakatnya sendiri tetapi nampaknya orang lain pun dapat lakukannya juga. Apabila Pando secara tidak sengaja menyakitkan telinga Bing, mereka semua terkejut, kerana Bing tiba-tiba sedar yang dia mempunyai satu bakat yang orang lain tidak ada.
44:41 Hula Hoop
Coco dan Charlie datang ke rumah Bing untuk menunjukkan Gelung Hula Holly. Coco boleh buat pusingan hula hoop yang hebat lalu Bing ingin mencubanya.
51:04 Buih
Di halaman rumah, Flop menunjukkan kepada Bing dan Pando cara meniup buih. Pando dapat tiup buih yang sangat besar sehingga Bing ingat peniup buihnya rosak.
57:27 Berdandan
Bing dan Coco sedang bermain kostum dan masing-masing bergilir memilih satu barang.
*****
Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble
#bingMelayu
#bingEpisod
*****
🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps
*****
Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.
Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.
Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!
➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: https://www.instagram.com/BingBunny
➡️ Facebook: https://www.facebook.com/BingBunny
© ACAMAR FILMS LIMITED