Assalammualaikum,
Julung kali aku keluar dari keselesaan bermain di Perak dan menerima jemputan dari geng IB Kedah Fan Club (IBKFC) bercamping di Kepulauan Bidan, Kedah menduga hasil lautan, mencari pengalaman dan yang penting menziarah saudara sehobi Inflatable Boat. Selain berjigging terdapat juga permainan eging (candat sotong) amat famous dan digemari kaki pancing di 4 buah Pulau iaitu Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting kebanyakkan berhampiran satu sama lain. Angin utara sangatlah kuat sehingga aku menggigil kesejukkan dan memberi ketenangan yang didambakan.