Assalammualaikum,
Pertama kali aku memburu si sotong torak di kesiangan hari yang sebelum ini memburunya pada sebelah malam. Sebelum itu geng aku strike sotong dalam purata 10kg - 40kg berseorangan membuatkan aku pon nak cuba jugaklah di perairan Pantai Timur nie. Trip kali ini aku berkampung berhadapan Lis Na Rie Resort Sungai Ular bersama keluarga selama 3 hari 2 malam tetapi aku turun kelaut hanya pada hari ke-2 sahaja memandangkan angin dan ombak yang agak padu serta aku perlu dahulukan family dari mengejar sotong tersebut. Beli jiwa la katakan....hehehehehheheeee