MENU

Fun & Interesting

22 perlawanan TFC 2022 - Paling BEST 9 kemenangan berturut di pengakhiran

Video Not Working? Fix It Now

Sorotan Perlawanan TFC 2022 - Ke Piala AFC Alhamdulillah, setelah 11 tahun Terengganu FC berjaya ke Asia sekali lagi setelah menduduki tempat kedua liga di belakan JDT. TFC bermula lambat dari pasukan lain kerana masalah covid dan dimulakan dengan dua kekalahan. Selepas itu ada naik turun dan kelayakan ke perlawanan akhir Piala FA menambah keyakinan pasukan. Bermula dari perlawanan ke 14 Terengganu menang semua perlawanan iaitu 9 perlawanan berturut-turut sehingga berjaya meminta Sabah FC dan menjauhkan diri dari NSFC. Pada mulanya sebelum menemui barisan terbaik, Terengganu menghadapi masalah menjaringkan gol, tetapi alhamdulillah setelah pengakhiran kita berjaya mendapat jaringan kedua terbanyak selepas JDT. Tahun ini juga kita agak kebal di belakang, oleh itu kestabilan di belakang membantu pasukan untuk menang. Bak kata pepatah, "With best ATTACK you win the game, with best DEFENCE you win the title". Kita berjaya menamatkan pertandingan dengan bolos kedua tersikit selepas JDT juga, alhamdulillah. Semoga tahun depan dan Piala Malaysia Terengganu berjaya menambah baik pasukan supaya lebih maju. Semoga berjaya di masa hadapan dan bermanfaat!! BERILMU UNTUK BERJASA MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SAMSUDIN

Comment