MENU

Fun & Interesting

50 Tahun PETRONAS: PETRONAS, Simbol Kebangkitan Malaysia

APHD Channel 50,868 lượt xem 2 months ago
Video Not Working? Fix It Now

Segalanya bermula pada 17 Ogos 1974, apabila Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak, menubuhkan PETRONAS dengan visi untuk memajukan industri minyak dan gas negara. Pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah diluluskan di Parlimen yang memberikan hak ekslusif kepada PETRONAS untuk mengawal semua aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak di Malaysia.

Sejak penubuhan, perjalanan PETRONAS tidaklah mudah, namun kejayaan demi kejayaan terus dicapai, membuktikan kemampuan syarikat Malaysia ini mampu bersaing di persada global dan membanggakan rakyat Malaysia. Hari ini operasi dan perniagaan PETRONAS telah menjangkau lebih daripada 100 buah negara.

Comment