Gua sarang semut terletak dipulau balambangan dalam daerah kudat.
Perjalanan dari kudat ke pulau balambangan mengambil masa lebih kurang dalam sejam lebih terpulang dengan kelajuan bot tersebut.
Mengikut cerita daripada penduduk pulau balambangan nama gua tersebut dinamakn sebagai gua sarang semut oleh kerana keadaan batu2 yang ditemui di dalam gua tersebut seperti sarang semut.
Apa yang boleh kita lihat di dalam gua tersebut adalah sesuatu yang unik dengan keadaan bentuk batu2nya seperti pelamin,bentuk muka,gigi gergasi,kolam,tiang,kerusi dan macam macam lagi.
Gua sarang semut ini pernah dibuka kepada pelancong oleh kerana keadaan pandemik gua tersebut telah terbiar.
Pengalaman yang baru bila memasuki gua sarang semut ini banyak yang boleh dikongsikan semoga keadaan kembali normal.