📍Lokasi » Ais Tingkap Penang
2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 7 petang
☎️ Nombor Telefon » 017-455 5351
Ais Tingkap Penang, legasi minuman warisan peranakan Jawi yang telah bertahan lebih 100 tahun, kini diwarisi oleh Generasi Keempat. Jika anda melawat Pulau Pinang, Ais Tingkap ini adalah destinasi wajib! Minuman ini bukan sekadar untuk menyegarkan tekak, tetapi juga untuk menyejukkan badan. Diperbuat daripada bahan-bahan seperti biji selasih, getah anggur, kembang semangkuk, kelapa dan ramuan RAHSIA turun temurun, setiap tegukan memberikan rasa segar yang sempurna, terutama dalam cuaca panas. Memang sesuai diminum selepas pekena Nasi Kandaq!
#AisTingkapPenang #105Tahun #4Generasi #StreetFood #Penang
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.