SINOPSIS APABILA TERBIT FAJAR:
Telefilem Apabila Terbit Fajar mengisahkan tentang Fiza iaitu seorang pelajar cemerlang yang telah diperkosa oleh Mahmood hingga dia melahirkan seorang anak diberi nama Fajar.
Disebabkan ugutan yang diterima daripada Mahmood, Fiza tidak memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya kerana takut akan diapa-apakan.
Akhirnya ibu bapanya ketahui perkara sebenar dan sangat marah dengan perbuatan anak perempuannya dan mereka telah menyembunyikan tentang kelahiran anak luar nikah tersebut.
Akibat tidak tahan dengan layanan dingin ibu bapanya, Fiza bertindak melarikan diri dari rumah dan memulakan kehidupan baru bersama anaknya, Fajar.
#dramaterbaru #dramamelayu #dramaterbaru2024 #dramasangat #dramaterbaik #dramasedih #malaymovie #telefilemmelayu #telemovie #filmmalaysia #filemmalaysia #filmpopuler