MENU

Fun & Interesting

Ayam Masak Merah | Ayam Masak Merah Chef Wan ajar | Rahsia Ayam Masak Merah Sedap Meletop

Kak Yan 1,024,170 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Asalammualaikum dan Hi Semua... Ayam masak merah memang tidak asing lagi. Sebut sahaja ayam masak merah, semua orang tahu. Jika dikedai, hari-hari ada sahaja jual ayam masak merah. Tak perlu nak tunggu kenduri atau hari raya baru nak makan ayam masak merah. Sekarang ini pulak, nasi lemak pun boleh dimakan bersama ayam masak merah. Sedapnya. Kali ini Kak Yan kongsikan resepi ayam masak merah yang selalu Kak Yan masak. Bezanya, ianya ada penambahan bahan yang menjadikan masakan ini sedap meletop. Semua tu Chef Wan yang ajar.... Resepi Ayam Masak Merah Bahan-bahannya: 1 ekor ayam (dipotong 16 atau 18) Sedikit tepung goreng ayam 3 biji bawang merah besar 5 ulas bawang putih 2 inci halia 3 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kismis (dikisar) 3 sudu besar tomato yang dipotong Gula perang Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng Selamat Mencuba! Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe. Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut: Instagram:https://www.instagram.com/azianhasan/​​ Facebook:https://www.facebook.com/azianhasan/​​ Blogspot: https://azianhasan.com/

Comment