Cabaran & Dugaan Bento Ketam Nipah Hutan Bakau #KetamNipah #BentoKetam
๐๐ค๐ ๐๐จ๐ https://goo.gl/maps/4AjuZm2Y2sa8KRjS8
๐๐ฒ๐๐ฎ๐บ ๐ก๐ถ๐ฝ๐ฎ๐ต sejenis haiwan laut dari jenis "KRUSTACEA" iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam Nipah juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah SYCLLA SERRATA (sedap namanya dan sedap juga apabila dimakan).
Habitat Ketam ini adalah membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam Nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor. Ketam ini adalah dari spesis "carnivor' atau ganas.
๐๐๐ก๐ง๐ข ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah - Scylla serrata ( mud crab or mangrove crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.
Untuk menyediakan BENTO ini. Umpan perlulah di sediakan terlebih dahulu. Umpan paling popular atau power yang digunakan untuk menjerat Ketam Nipah ialah kepala ayam. Kepala ayam digunakan kerana ia amat mudah didapati. Hanya perlu pergi ke pasar dan meminta sedikit kepala ayam untuk dijadikan umpan kepada peniaga ayam. Permintaan kita pasti tertunai dan peniaga ayam akan memberikan secara percuma sahaja kerana kepala ayam ini selalunya dibuang begitu sahaja.
#tangkoiketam #bento #ketamnipah