Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, komited untuk 'membeli' dan memiliki Gaza, namun tidak menolak kemungkinan membenarkan beberapa bahagian wilayah itu dibangunkan semula oleh negara lain di Asia Barat.
Trump berkata, beliau juga terbuka terhadap kemungkinan membenarkan sebahagian pelarian Palestin memasuki AS tetapi akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kes.
"Saya komited untuk membeli dan memiliki Gaza. Mengenai usaha membangunkannya semula, kami mungkin menyerahkannya kepada negara lain di Asia Barat untuk membina bahagian tertentu, atau pihak lain boleh melakukannya di bawah pengawasan kami.
"Bagaimanapun, kami komited untuk memilikinya, mengambilnya, dan memastikan Hamas tidak kembali.
"Tiada apa yang boleh kembali ke sana. Tempat itu adalah tapak runtuhan. Bakinya akan dirobohkan. Semuanya sudah musnah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika berada di atas pesawat Air Force One ketika dalam perjalanan ke New Orleans untuk menghadiri perlawanan Super Bowl.
Trump selepas mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada 20 Januari lalu, mengemukakan idea untuk AS mengambil alih Gaza dan melaksanakan usaha pembinaan semula secara besar-besaran.
Namun, kenyataannya tidak jelas mengenai masa depan penduduk Palestin yang berdepan peperangan oleh Israel sejak Oktober 2023.
Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan di bawah kuasa apa AS akan mengambil alih Gaza.
Sokong Saluran YouTube Kami dengan langganan di bawah ini:
https://www.youtube.com/channel/UCk7_U9AmKBqmvMZrULriQXg/join
Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")
Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: realridzblog.media@gmail.com
Terima kasih!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.
Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan
e-melkan bukti pembayaran: realridzblog.media@gmail.com / WA +60124372108.