Info tentang Pokok Ulam Beka
Sebut sahaja buah atau pokok beka, mungkin ramai tidak pernah mendengarnya terutama golongan muda. Ini kerana beka yang juga dikenali sebagai bonglai atau Oroxylum indicum jarang ditanam. Kalau adapun, kebanyakannya tumbuh liar di belukar tepi kampung, berhampiran sungai dan tali air.
Buah beka ada banyak manfaat untuk kesihatan. Di utara dan pantai timur, kerabu buah beka muda menjadi hidangan pembuka selera, tetapi perlu dibakar terlebih dulu bagi mengurangkan rasa pahitnya.
Pucuknya pula direbus sebagai ulaman atau dibuat sayur dan rasanya enak, rangup dan lemak.
Terima Kasih Kerana Menonton.. jangan lupa like, komen, share Dan juga subcribe
#kerabubeko #kerabubeka #pohonulambeka #keluargamalaysia #fyp