Assalamualaikum Semua
Kebelakang ini, saya menerima beberapa soalan mengenai cara membuat cili kisar untuk masakan. Cili kisar ini amat berguna kerana ia adalah bahan asas di dalam pelbagai masakan Melayu. Cili kisar boleh terdapat di pasaran. Bagi saya, saya lebih suka membuat cili kisar sendiri kerana saya sendiri dapat menentukan kadar kandungan bahan-bahan ikut cita rasa keluarga saya. Tambahan lagi cili kisar boleh tahan lama apabila disimpan di dalam peti sejuk. Jom cuba.
Cara Menyediakan Cili Kisar Untuk Masakan
Bahan-Bahan
200g cili kering
1 kg bawang besar
30 biji bawang putih
100g halia
Cara-caranya
Gunting cili kering kemudian diramas untuk mengasingkan bijinya. Setelah itu masukkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih selama 10-15 minit. Kemudian ditapis.
Kesemua bawang besar, bawang putih dan halia di bahagi dua bahagian. Kemudian dikisar halus bersama dengan cili kering yang telah ditapis tadi .
Setelah dikisar halus, disikan ke dalam tupperware. Masukkan 3 sudu teh garam dan kacau rata agar tahan lama. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer nya)
Selamat mencuba.
Music: Dayspring
Musician: Firefl!es
URL: https://www.youtube.com/watch?v=eoplw2Cc3xc