Dayang Resort Semporna
Date : 31/07/2023 - 02/08/2023
Bilik : Modern white room RM580/pax 12-5 tahun RM 290 half price. Termasuk bot p balik dari Semporna.
Airport transfer: RM200.
(waktu kami booked hujung bulan 3)
Add on island hoping pakej B RM170/pax 12- 5 tahun RM85 Half price.
total: RM 3525
Add on kek SR birthday RM130.
Booking : agen resort
whatapp : +60146703544 no baru
website : https://dayangresortsemporna.com/
KLIA2 ke tawau naik myairlines( dah tak operasi) RM119 seorang. Book 25 Mac 2023, 4 bulan awal untuk harga murah sikit. 2 minggu sebelum ke Tawau kami cek RM298.
Flight 0615hrs jam 0910hrs sampai Tawau. Naik van ke Semporna had airport transfer tadi tu. Dekat airport pun banyak ja van tunggu kalau kita tak add on. (en. Haikal 016-875 0048 untuk transport, senang berurusan dengan dia. Dia bantu kami amik van ke bandar Tawau ronda² sebelum ke airport di pandu en. Sirun 0162038719)
Sampai pekan Semporna lunch siap² sebab kat resort check in 1400hrs lebih & lepas waktu lunch. Kami lunch kat Anjung Lepa. Kedai chinese halal.
Asainya kami tak mau amik island hoping, nak p relax² ja kat resort. Tengok laut, mandi, berenang, snorkeling bawah bilik, rehat². Sebab bilik kat sini ada balkoni, boleh terus turun ke laut. Resort ni pun baru buka bulan 2 hari tu, serba serbi baru lagi.
Pikiaq² balik pi jauh² tak pi pulau² dekat tu rugi plak. Satgi orang tak pecaya kita pi Semporna kalau tak dak gambaq depan sign 'i ❤️ Mabul tu'.. 😆
Lokasi resort: ❤️❤️❤️❤️❤️
Resort ni nak p kena naik boat sebab kat laut.
Naik dari Jeti Seafest Semporna dalam 15 minit sampai resort. Ada banyak jeti kat sini kena komfom betoi² jeti kita.
Check in : ❤️❤️❤️❤️❤️
Sampai resort dalam 1430hrs. Ada briefing sikit dapat kunci terus masuk bilik. Staff bawak beg kita pi bilik. Masuk bilik solat rehat.
Bilik : ❤️❤️❤️❤️❤️
Masuk² bilik tengok memang luas, cantik. Ada 5 bilik berasingan, 3 bilik teres kat resort ni. Semua bilik ada balkoni & tangga turun ke laut.
Mungkin ada penambahan bilik lagi nanti². Bilik kami jenis modern white. Masa kami stay isnin-rabu pun penuh bilik² sini.
Belakang sunset depan sunrise. Ayaq jernih paras leher masa surut.(tinggi saya 5f10i)
Ayaq pasang hapuih kepala jugak.
Tangga nak turun ke laut pun tenggelam.
Katil bantai empuk syok tidoq, ekon sejuk, tilam sedap bilik ayaq toileteries ada sabun & shampoo.
Ada cerek letrik & cawan
Ada net untuk rehat & kat balkoni.
Nak terjun dalam laut pun boleh, buat freestyle. Hati² kat bawah banyak terumbu dengan batu.
Ikan kecik² banyak. Kelengkapan snorkeling di sediakan. Kayak transparent boleh sewa. RM80 sejam.
Elektrik 24 jam.
Kebersihan : ❤️❤️❤️❤️❤️
Bersih setiap tempat. Mungkin sebab masih baru.Tempat makan bersih. Katil tilam bantai, cadar selimut, Life jaket, goggle bersih. Harap dapat kekalkan.
Makanan: ❤️❤️❤️❤️❤️
Breakfast ada nasik goreng bihun/mee goreng sosej roti bakaq seniri tea/kopi. Nampak besa ja tapi sedap nasik goreng ni.
Tea time kuih muih dengan tea/kopi. Dinner best ada seafood. Ketam, isi ikan, kerang/ ayam kari sayur & nasik.
Buleh tambah² sebab buffet.
2x breakfast 2x tea time 2x dinner.
lunch tak dan sebab p island hoping. Lunch di sediakan jugak waktu p island hoping tu.
Add on : Island hoping
Pulau Mabul & Kapalai. Lepas breakfast hari ke2 dalam pukui 9 bertolak ke Semporna tukar bot.
Dalam sejam naik bot dari resort sampai ke Pulau Mabul jalan² kat bungalow water Mabul. Fee Rm30 kat sini. Ayaq laut sini memang jernih. Sampan, bot nampak macam duk atas angin.
Boleh bergambaq ber ootd. 1230hrs kami lunch kat tempat rehat resort tu. Lepas lunch sambung pusing² lagi kat situ. 1400hrs terus ke Kapalai snorkeling. Skip snorkeling kat Mabul sebab pakat² letih dah.
Kui 1600hrs tiba di resort tea time, masuk bilik mandi solat rehat menikmati sunset sambil tunggu dinner plak 1900hrs.
Check out ❤️❤️❤️❤️❤️
Esok tu lepas breakfast siap² 1100hrs check out bot hantaq p jeti Seafest balik.
Van yang bawa kami ke airport tu bawak kami ronda² bandar Tawau. Adjust dan caj direct dengan van tu. Ootd, lunch, shoping ikan bilis kat utc Tawau. Cenderamata beli kat kedai borong mutiara Tawau.
Pukui 1600hrs ke airport.
Flight 1910hrs - 2210hrs.
Tiket balik myairlines RM 148 seorang. Beli awal 4 bulan jugak.
Review : ❤️❤️❤️❤️
Staf resort mesra, yang jaga bahagian snorkeling, boatman, driver van semua baik, ramah, buleh melawak. Komunikasi admin dengan staf resort perlu di perbaiki (admin ni dah tak dak dengan resort ni). Terima kasih sekali lagi staf² dayang yang bersama menyambut birthday anak kami.
0:00 intro
0:44 1st day
1:30 2nd day klia to tawau
2:40 tawau to semporna
4:00 lunch at anjung lepa
5:25 jeti seafest
6:16 dayang resort
7:08 room tour
10:27 tea time
11:14 swim
12:49 dinner
14:05 3rd day
15:34 breakfast
16:10 island hopping mabul
20:20 snorkeling kapalai
21:32 tea time
21:41 ootd
22:03 dinner
22:25 birthday aira & abi
23:50 4th day
24:05 breakfast
25:40 bye bye