"HABIS SEMUA KHEMAH DIA ANGKUT"-DBKL SITA KHEMAH PENIAGA BAZAR RAMADHAN DI TAMAN WILAYAH SELAYANG & BAZAR MASJID JAMEK
Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat sitaan dan merampas khemah peniaga-peniaga yang berniaga di Bazar Ramadhan di Taman Wilayah Selayang, Kua Lumpur.
Tindakan tersebut diambil kerana beberapa kesalahan yang dibuat peniaga seperti tidak memiliki lesen serta menjual di tempat yang tidak dibenarkan.
Menurut mereka,peniaga di tapak bazar berkenaan sudah lebih 25 tahun berniaga di situ dan ada yang mendakwa sudah memiliki lesen untuk berniaga.
Namun, ramai yang menyokong tindakan DBKL dengan meminta peniaga supaya mematuhi undang-undang serta ada yang meminta DBKL agar bertolak-ansur dengan peniaga yang kebanyakan dari warga tempatan berniaga pada bulan Ramadhan.