Hello guys. Walaupun kita kalini sibuk membuat persiapan untuk kenduri kesyukuran bagi cucu, tapi kita sempatkan juga untuk memasang bubu ya. Selain itu kita sempat juga mencari durian sambil berebut dengan tupai. Dalam video ni saya ingin paparkan semangat bergotong royong penduduk disini yang masih lagi dikekalkan demi meringankan beban penduduk yang mengadakan kenduri. Semangat ini perlu dikekalkan agar setiap kenduri akan terasa kemeriahan nya. Begitu lah meriah aktiviti gotong royong tersebut, meriah juga hasil bubu kita guys... Kali ni kita dapat banyak ikan dan udang malah ada yang kita lepaskan semula. Kita hanya ambil mana yang kita perlukan sahaja guys.
Bagi yang belum subscribe ke channel Borneo Treasure, silakan tekan butang subscribe ya sebagai tanda sokongan tuan² semua. Dan jangan lupa juga komen dan like video. Terima kasih semua guys.