DISKUSI MEJA BULAT PEMIKIRAN PERADABAN BAHARU, SIRI-3
'Dikotomi Dalam Ilmu Pendidikan'
Siang tadi telah berlangsung Diskusi Meja Bulat Pemikiran Peradaban Baharu siri ke-3, anjuran @Pemikir dengan membahaskan tajuk "Dikotomi Ilmu Dalam Pendidikan", bertempat di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Empat kertas kerja dibentangkan menyangkut judul yang dibicara.
Terima kasih kerana sudi mengundang saya sekali lagi, untuk terus sama-sama 'bergelanggang', demi kelestarian fikrah dan akal budi. Seperti biasa, saya mengangkat serta melontar saran, agar falsafah terus diusung sebagai jemala nan terutama, dalam apa sahaja 'gerak' keilmiahan dan gagasan hidup. Juga, dimustahakkan agar wacana beredar dan berlegar ke segenap lapisan massa, bukan terus terasing atau merasa gah, serta dibuai oleh 'resam-resam' elitis yang telah lama 'membuana di menara tinggi (gading),..🤲🤲
Rakaman sisipan pembicaraan, saya kongsikan di sini dan sidang penuh, dapat diikuti di saluran rasmi FB Pemikir (*agak panjang, dalam 5 jam, namun inspiratif❤️☺️);
https://www.facebook.com/share/p/1Ghctzu67T/
*Esok, kita jumpa di Hentian Kajang ya, untuk peluncuran terjemahan Musyawarah Burung, Fariduddin Attar🤲🤲☺️....