MENU

Fun & Interesting

DOKUMENTARI - GARAM / Life Documentary - Salt

ahmadrizqan95 4,032 lượt xem 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Dokumentari kehidupan - GARAM
Life Documentary - Salt


Dokumentari ini adalah tentang kehidupan suka duka petani garam yang tinggal di kawasan pendalaman Aceh, Indonesia. Budaya masyarakat, keunikan tempatan dan juga proses istimewa pembuatan garam tradisional digarap dalam dokumentari ini. Semoga penonton terinspirasi dari kisah masyarakat yang dipaparkan dan juga mendapatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah tradisional pembuatan garam.

.

Video ini dihasilkan sendiri oleh saya setelah mengkaji dengan teliti dari aspek kehidupan masyarakat, keunikan budaya tempatan dan juga penelitian proses pembuatan garam tradisional. Teknik pembikinan video ini juga menggunakan kaedah pembikinan filem professional yang disahkan oleh pihak Jabatan Komunikasi dan Bahasa dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Malaysia).

.

Dokumentari ini pernah dipertandingkan untuk kategori penghasilan dokumentari Final Year Projek (FYP) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun 2019 dan mendapat Johan kategori dokumentari terbaik keseluruhan. Semoga anda terinspirasi dan selamat menonton.


Ahmad Rizqan
Director/Publisher

Comment