PENGENALAN VIDEO
.
Video ini diilhamkan dengan niat bukan sahaja sebagai panduan asas kepada rakan pendaki yang bakal menempuh ekspedisi Gunung Tahan (Kuala Tahan - Merapoh). Ini kerana, sebelum melalui ekspedisi ini, saya dapati hampir tiada sumber video yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai panduan.
.
Pada masa yang sama, niat utama pembuatan video ini semestinya adalah sebagai memento kepada rakan pendaki yang pernah melalui ekspedisi seumpama ini, khususnya pasukan kami sendiri.
.
PENGENALAN EKSPEDISI
.
Perancangan awal pada mulanya adalah untuk membuat Merapoh-Kuala Tahan. Disebabkan slot yang sudah penuh, kami bertukar kepada Kuala tahan-Merapoh. Disangkakan akan terbatal (disebabkan akan menjadi sukar), namun masing-masing bersemangat 'Pantang Mundur Kecuali Bini Call'
.
Pada awal perancangan adalah selama 7 hari 6 malam. Disebabkan terdapat beberapa cabaran dan juga rintangan, berbekalkan kepada kelebihan dalam perancangan masing-masing, kami menambah hari.Dan akhirnya, menjadi 8 hari 7 malam (atau nak kira sebagai 7 hari 7 malam?).
.
REZEKI KAMI : INI SEMUA PEMBERIAN-NYA!
.
Kalau diikutkan, memang hampir mustahil untuk ekspedisi ini sukses! Manakan tidak, ramai yang tidak bersedia secara latihan fizikal. Ada yang tidak bersedia dari sudut peralatan. Ada yang tidak tahu tahap kesukaran "Gunung Tahan: Kuala tahan - Merapoh" berbanding Gunung Kinabalu. Malah, ada yang merupakan kali pertama mendaki gunung dan kali pertama 'bercamping'.
.
Dengan bermodalkan bimbingan malim gunung (Iwan), percaturan ketua ekspedisi, kerjasama daripada semua ahli ekspedisi yang sangat cemerlang, dan yang paling penting adalah DENGAN IZIN-NYA, ekspedisi ini dilalui dengan penuh kegembiraan dan tenang. Serius, memang tak logik untuk kami sukses secemerlang ini!
.
Jadi adalah mustahil, kejayaan kami adalah daripada kami. Ini semua adalah berkat izin dan ketentuan dariNya!
.
APA YANG KAMI BAWA SEBEMBAN BESAR BEG-NYA?
.
Bagi mereka yang ingin tahu apa yang saya bawa (secara peribadi) untuk ekspedisi ini, boleh merujuk kepada rakaman Live (Tiktok) saya tempohari untuk peralatan yang saya bawa untuk ekspedisi ini. Link : https://youtu.be/YkNXd99YcuI
.
TERIMA KASIH : MALIM GUNUNG (IWAN)
.
Beliau merupakan seorang malim gunung (Nature Guide) yang telah mengemudi pasukan kami dengan penuh empati. Kami diasuh dengan penuh kasih-sayang dan juga toleransi. Namun pada masa sama, tiada ruang untuk kompromi dalam bahagian keselamatan.
.
Lawak? 8 hari 7 malam bersama beliau, memang kami tak kering gusi. Beliau telah melayan lawak 'tolol' kami sentiasa. Malah apabila lawak menjadi merudum, beliau akan mencurahkan minyak bagi suasana kembali bergegar-gempita dengan kebahagiaan. Benar-benar, seorang tuan rumah yang hebat!
.
TERIMA KASIH : TUKANG MASAK (FENDI)
.
Beliau bertanggung jawab dalam mengatur dan menguruskan menu yang semestinya turut terlibat dengan menu kecemasan (antara cabaran pendakian Gunung Tahan adalah untuk bijak merangka menu untuk sebarang bentuk kemungkinan).
.
Pada masa sama, telah menjalankan tugas dengan penuh cemerlang kerana telah membuat penyediaan makanan setiap masa dengan bantuan yang minima daripada ahli ekspedisi, khususnya daripada saya sendiri (selaku penganjur) kerana kami keletihan.
.
Turut, beliau lah sebenarnya tulang belakang kepada ekspedisi ini. Tanpa beliau, saya selaku penganjur, 100% yakin saya tidak akan menggerakkan ekspedisi ini. Bukan sahaja kerana mahir di dapur, namun mahir hutan dan juga mahir dalam pengurusan.
.
TERIMA KASIH : AHLI EKSPEDISI
.
Dalam pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi, kesemua ahli ekspedisi telah cepat berkompromi dan bersatu hati dalam menyelesaikan masalah. Walaupun tanpa ilmu pengetahuan, kesiagaan dalam membantu menyelesaikan masalah wajib saya puji. Walau dalam keletihan, bilmana dipanggil, pasti terus disambut. Semangat yang sangat jarang untuk saya jumpai!
.
SENARAI NAMA AHLI EKSPEDISI
1. Akif (CODENAME : Shooter)
2. Asyraf (CODENAME : Perhilitan)
3. Ayoi (CODENAME : Lat Long)
4. Azahar (CODENAME : Boh Tahan)
5. Cheah (CODENAME : Steady)
6. Nas (CODENAME : Vat 69)
7. Jimmy (CODENAME : Uncle)
8. Shukur (CODENAME : Podium)
9. Badek (CODENAME : Komando)
10. Fendi (CODENAME : Chief)
11. Iwan (CODENAME : Guide)
.
TERIMA KASIH : SAHABAT
.
'Trans Gunung Tahan' merupakan sebuah impian yang tertangguh lebih dari 8 tahun. Saban tahun, ianya hanyalah 'petikan' dari bibir sahaja. Dan pada kali ini, kita telah bersama melaksanakannya dengan jaya. Terima kasih, kerana ada di sisi. Maafkan aku kerana ter-emosi dengan aliran air mata di penutup ekspedisi tempohari.
.
BERMINAT UNTUK KAMI ANJURKAN EKSPEDISI GUNUNG TAHAN ANDA?
.
Di Core Outdoor and Tactical, kami turut membekalkan servis penganjuran aktiviti mendaki Gunung Tahan. Samada berkumpulan atau berseorangan. Termasuk juga untuk penggunaan tukang masak, pengurusan makanan dan juga khidmat porter. hubungi kami untuk perbincangan lanjut : 0127767426.