View Sunset di Caribbean Campsite mmg superb😍
kali ni kami mencari kelainan plak setelah sekian lama hanya bercamping di kawasan jeram & sungai. Agak terpersona dengan view sekitar kawasan di belakang campsite terbentang luas sawah padi & bukit bukau manakala sebelah depan campsite menghadap laut. Pecah pala baq hang!
Lokasi : Carribean Campsite Kg Ruat, Yan Kedah
Harga Tapak : RM30/Night
Check in👉🏻 2.00pm
Checkout👉🏻12.00pm
Video Campsite Review👇
https://youtu.be/FQUEDb7EEuI
Kemudahan yg disediakan :
✅Toilet sgt bersih
✅Sinki
✅Bbq pit
✅Mini surau
✅Meja & kerusi
✅Buai ala lombok
✅plug point
✅tong sampah
✅tapak parking belakang khemah ja
✅kawasan campsite sgt bersih & terjaga.
✅Phone coverage cemerlang
Kawasan pantai sini tidak sesuai untuk mandi kerana keadaan pantai yang berlumpur tetapi view kawasan sekitar memang buatkan hgpa tak leh move on.Nikmat yak mat!!
Apa yg menariknya lagi di kawasan campsite ni hgpa bleh dilakukan aktiviti memancing sekitar tali air tepi sawah padi atau pantai. Berdekatan campsite juga terdapat jeti nelayan untuk camper dapatkan bekalan udang & ketam segar untuk persedian BBQ diwaktu malam.
Pada hgpa yang nak aktiviti laut bleh dapatkan perkhidmatan pakej island tour ke Pulau Song Song juga boleh diuruskan.
keterangan lanjut berkaitan Campsite, sila hubungi owner Kak Anna yang sangat peramah & baik hati👍
☎️010-7988816 Kak Anna
Join Group Northern Camper Malaysia untuk info outdoor sekitar utara
#northerncampermalaysia