📍Lokasi » Homegrown Farms Semenyih
⏰ Waktu Operasi » Dibuka pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 5 petang
Daripada dunia hiburan ke ladang organik! Siapa sangka penerbit di sebalik rancangan popular Raja Lawak kini mengalihkan fokusnya ke arah sesuatu yang lebih kritikal iaitu sekuriti makanan (food security). Bermula pada tahun 2017, Michael bersama isterinya, Ivy memanfaatkan ruang di belakang rumah mereka untuk memulakan aktiviti berkebun yang kini berkembang menjadi kawasan pertanian! Beliau mengusahakan pelbagai jenis sayur-sayuran organik dengan menggunakan dua kaedah iaitu tradisional di atas tanah dan inovatif dengan sistem aquaponik.
Dengan pendekatan mesra alam dan berdedikasi terhadap penghasilan makanan berkualiti tinggi, Michael bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian tetapi juga menjadi inspirasi kepada masyarakat tentang betapa pentingnya pertanian tempatan dalam menjamin bekalan makanan kita. Sertai kami dalam mengupas kisah menarik di sebalik kejayaannya dan bagaimana beliau menggunakan teknologi moden untuk mencipta masa depan yang lebih mampan.
#Homegrownfarms #HasilTani #Pertanian #FoodSecurity
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.