MENU

Fun & Interesting

Galeri Karyawan Nordin Ahmad dan Peluncuran Buku Biografi Interaktif Nordin Ahmad

SPChannel 6,154 lượt xem 1 month ago
Video Not Working? Fix It Now

Pada bulan Ogos tahun 1929, dikhabarkan seorang insan telah dilahirkan di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Kota.

Yang terletak di Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Seorang insan bernama Nordin Ahmad, bintang lagenda pelakon filem Melayu Malaysia yang terulung.

Merupakan seorang lagenda yang terkenal sebagai pelakon filem Melayu di layar perak.

Antara lakonan Allahyarham Nordin Ahmad yang terkenal seperti dalam filem Semerah Padi, Hang Jebat, Chuchu Datok Merah, Air Mata Duyung, Lanchang Kuning, Sri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Bagi menghargai serta mengenang jasa Allahyarham Nordin Ahmad sebagai tokoh bintang lagenda tanahair.

Maka pada 11 Januari 2025,
Majlis Perasmian Galeri Karyawan Nordin Ahmad dan Peluncuran Buku Biografi Interaktif Antologi Puisi Legenda Nordin Ahmad telah diadakan.

Majlis ini telah di sempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Merupakan satu majlis bersejarah yang dianjurkan bagi mengangkat legasi seni dan budaya pelakon lagenda, Allahyarham Nordin Ahmad.

Majlis bermula seawal jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Al-Farabi, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis Perasmian Galeri Karyawan Nordin Ahmad dan Peluncuran Buku Biografi Interaktif Antologi Puisi Legenda Nordin Ahmad ini turut dihadiri oleh dif dif kehormat seperti.

Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri (Dr) Haji Mohd Yusof Latiff, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).

Yang Berbahagia Dato’ Dr Sohaimi Abdul Aziz, Presiden Persatuan Karyawan Pulau Pinang.

Yang Berusaha, Tuan Haji Wan Sajiri Bin Wan Hassan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Yang Berbahagia Dato Seri Dr Anwar Fazal, Pengerusi Think City Sdn Bhd.

Yang Berusaha, Puan Haryany Mohamad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.

Yang Berusaha, Puan Dr Nur Huzaifah Zainal, Penolong Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang.

Yang Berusaha, Encik Mohamad Shariman Sahar, Pengarah Arkib Negara Pulau Pinang.

Yang Berusaha Puan Zariza Johari, Pengarah Urusan Raise Zillion Sdn. Bhd.

Dan turut hadir bersama dalam majlis ini ialah ahli keluarga terdekat Allahyarham Nordin Ahmad.

Majlis dimulakan dengan ucapan Yang Berbahagia Dato’ Dr Sohaimi Abdul Aziz sebagai pengerak utama kepada pembinaan Galeri Karyawan Nordin Ahmad yang terletak di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis ini juga turut diserikan dengan persembahan pembukaan tarian oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir.

Tuan Yang Terutama Tun bersama para dif-dif kehormat turut mengambil kesempatan untuk melawat dan meninjau ruang galeri Karyawan Nordin Ahmad.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persatuan Karyawan Pulau Pinang kerana telah berjaya menjayakan majlis ini.

Semoga legasi Allahyarham Nordin Ahmad sebagai bintang lagenda tanahair terus dikenang dan dihargai sepanjang zaman.

Nordin Ahmad
(4 Ogos 1929 hingga 15 Jun 1971) Lagenda pelakon filem Melayu Malaysia terulung.
Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang.

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu."

Huraian Baris Pembayang Rangkap Pantun

Kajang bermaksud atap yang dibuat daripada daun mengkuang dan nipah.

Maksud pembayang ini ialah atap Pak Malau atapnya berlipat elok, manakala atap Damak dibuat menggunakan mengkuang yang sudah layu sahaja.

Maksud pembayang ini secara tersiratnya ialah Pak Malau tinggal di kampung ini tidak mengalami apa-apa masalah kerana dilayan dengan elok.

Manakala Damak pula yang datang sebagai pedagang di kampung ini telah difitnah walaupun niatnya baik iaitu untuk menyelamatkan Sri Mersing daripada diculik.

Comment