Sejujurnya saya bukanlah orang yang tepat dan amator bercerita tentang hutan dan hiking. Apa saya kongsi sini atas pengalaman saya sendiri semasa hiking.
PART 2
pendakian dari kem sg lenweng ke puncak gunung ulu sepat mengambil masa 4 ke 6 jam. hari kedua trail pendakian ke gunung ulu sepat banyak memanjat dari hari pertama pendakian, trail yang santai dan sesekali sahaja memanjat. terdapat dua stopping point sepanjang trail pendakian dan satu water point.
stopping point pertama view point dan disini terdapat water point. kena turun kebawah dalam 10 minit macam tu. stopping point kedua mossy forest atau simpang ke gunung Chamah. untuk pendakian ke stopping point pertama mengambil masa 2 ke 3 jam dari kem sg lenweng dan stopping point kedua mengambil masa 2 ke 3 jam dari view point.
cabaran mendaki apabila memasuki hutan mossy forest dimana pendakian perlu memanjat menggunakan kaki dan tangan. trail pendakian di hutan mossy berbecak dan basah, nasihat Saya bawak glove.
tiba di simpang ke gunung chamah atau mossy forest stopping point. pendaki akan disajikan dengan keindahan mossy forest yang indah menghijau.
dari mossy forest stopping point ke puncak gunung Ulu Sepat mengambil masa 30 ke 45 minit sahaja. trail pendakian berbecak, berselut silap langkah boleh terjerlus dalam lumpur hutan mossy. setibanya puncak gunung ulu sepat tiada view disini hanya pokok-pokok renek dan mossy forest.
#hiking #hikingmalaysia #gunungulusepat
#hikingday #hikinglife #dayhike #g7summit #gunung #gunungmalaysia #pendaki #pendakigunung #pendakiindonesia #gunungchamah
#solohike #camping #hikingandcamping #hikingadventures #solohiker