Resepi bertulis dan penuh di blog saya
https://www.enyabdullah.com/2020/06/rendang-tok-negeri-perak.html
RESEPI RENDANG TOK NEGERI PERAK
Bahan-bahan untuk 1.5kg daging
1.5 kg daging dihiris ketulan besar
1 mangkuk bawang merah dihiris nipis
3/4 mangkuk bawang putih dihiris nipis
3/4 mangkuk halia dihiris nipis
1 senduk nasi serbuk cili dari cili kering yang dijemur dan dan disangai atau panggang dalam oven sampai garing (jangan hangus) - buat sendiri ya kalau guna yang siap kisar baunya tak sedap. boleh lebihkan jika nak pedas
1 senduk nasi ketumbar (jenis halus) disangai dan di kisar kering
1.5 kg santan atau cukupkan 2 kg jika nak lebih berminyak kuahnya
Daun kunyit dicarik kasar (jangan potong halus)
1 senduk nasi kerisik
1 ketul gula kabung ( ikut nak manis macam mana)
1 sudu kecil belacan
Garam Gula secukup rasa
Bahan kisar dengan air dan ditapis dan perah. Ambil hampas sahaja.
3/4 mangkuk serai dipotong
3/4 mangkuk lengkuas
Cara masak :
Dalam kuali asing, panaskan daging sekejap untuk keluarkan air daging. Dah nampak keluar air, asingkan air. Air daging tu boleh simpan buat stok masakan ya.
Dalam kuali lain, masukkan santan panaskan. Kalau santan jenis cair beriair boleh masak sekejap bagi santan tu pekat
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan bahan kisar
Masukkan serbuk cili dan ketumbar
Masukkan daging yang dibuang airnya tadi
Biar mendidih dan mereneh hingga daging empuk. Santan tu kalau kering dan daging belum empuk boleh tambah santan. Tambah santan saja jangan tambah air!
Agak dah daging empuk boleh masukkan belacan, gula kabung, daun kunyit dan kerisik. Tambah garam dan gula jika perlu.
Sambung masak sambil kacau sehingga rendang betul kering dan berserbuk
Mangkuk saiz jenis yang selalu kita letak lauk tu.