MENU

Fun & Interesting

Istiqbal Ramadhan [ Kuliyyah Maghrib ] - Ustaz Syed Faiz Al Aydrus

Surau Baru Kg Sungai Buaya,Dungun 78 lượt xem 1 week ago
Video Not Working? Fix It Now

Istiqbal Ramadhan
Isnin 24/02/25
24 Sya'baan 1446H
Ustaz Syed Faiz Al Aydrus

Intipati Kuliah
~ Disebut didalam Tafsir Al Qurtubi kata Al Imam Mujahid bila diturunkan ayat al quran يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya:  Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah Al Baqarah 183 )
umat terdahulu pun berpuasa tapi fadilatnya tidak sama dgn umat Nabi Muhammad S.A.W

~ Celaka/hina/rugi bilamana masuk Ramadhan,lalu keluar ramadhan daripadanya tidak dapat pengampunan daripada Allah Taala.

~ Hukum Puasa :
- Makruh Puasa : Puasa tunggal pada hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad maksudnya puasa sehari sahaja.
- Haram Puasa : Isteri puasa sunat tanpa izin suami,puasanya sah tapi tak dapat pahala.
- Haram Dan Tidak Sah Puasa : perempuan haid,puasa pada Hari Raya pertama pada Aidilfitri dan Aidiladha.

~ Nabi kata aku diberikan kelebihan oleh Allah Taala 5 perkara yg mana tidak diberi pada Nabi dan Umat terdahulu :
1 - Malam pertama di awal Ramadhan Allah nak pandang setiap hambanya dgn pandangan yg rahmat,siapa yg di pandang oleh Allah Taala dgn rahmatnya lalu ia tidak akan di azab sampai bila-bila.
2 - Mulut org yg berpuasa disisi Allah Taala lebih wangi pada bau kasturi.
3 - Setiap malaikat akan beristigfar setiap org yg berpuasa.
4 - Allah Taala bagitahu pada syurga persiapkan dirimu untuk hambaku yg perpuasa(Syurga dari Pintu Ar Rayyan)
5 - Bila masuk akhir malam Allah Taala ampunkan dosa hambanya.
Lalu ditanya seorg lelaki,Apakah itu malam Lailatulqadar?
Jawab Nabi, Kamu tidak tengok ke seorang pekerja yg buat kerjanya lalu abis daripada kerjanya majikannya memberi upah?seumpama itulah.

~ Puasa ada 2 rukun :
1 - Niat,niat pada waktu malam dalam Mazhab Shafie,jika yg terlupa niat ia dikira tidak berpuasa tetapi kene menahan diri daripada makan minum dll.
2 - Menahan diri daripada perkara membatalkan puasa.

~ Perkara yg membatalkan puasa:
1 - Murtad.
2 - Haid / Nifas / Wiladah.
3 - Pengsan sepanjang hari.
4 - Jimak siang Ramadhan
Kafarah bagi masalah ini:
* Merdeka hamba jika tak mampu,
* Puasa 2 bulan berturut-turut bagi suami jika tidak mampu,
* memberi makan 60org miskin setiap seorg secupak makanan.
5 - Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yg terbuka ( had batin )
6 - Muntah dengan sengaja.

Wallhualam
disediakan oleh
AJK Multimedia
Surau Baru Kg Sungai Buaya,Dungun

Comment