Kerajaan mengakui perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan berlakunya pengeluaran saham di negara ini.
Bagaimanapun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan jumlah pengeluaran itu sangat kecil iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham sebanyak RM2 trilion.
Menurutnya perkara itu perlu dilihat secara keseluruhan iaitu kenyataan bahawa sembilan bulan pertama masih Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menggalakkan.
Dia berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini, sebagai menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN - Machang) mengenai punca ramai pelabur asing menjual pegangan saham mereka dalam negara bagi tempoh kebelakangan ini.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/Ro4SPUehs_A