MENU

Fun & Interesting

Japanese Cheesecake Fluffy - rasanya pasti memukau anda

Ariana Sofia Ahmad 371,196 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Japenese Cheesecake yang gebu ini memang mencabar sedikit untuk buat kerana kena betul-betul menjaga suhu pembakaran supaya masak dengan sekata dan gebu. Setelah mencuba banyak kali inilah resepi yang terbaik untuk ariana share pada korang semua. Ariana nak bagi tips, 15-20 minit terakhir sebelum kek siap masak pastikan tengok keadaan kek yang dibakar, jika sudah nampak burn dan naik tinggi boleh pendekkan sedikit tempoh membakar ataupun jika tidak masak boleh panjangkan tempoh membakar dengan suhu 120c. Oven setiap orang tidak sama, jika guna oven yang kecil, tempoh memasak lebih cepat jika menggunakan suhu yang sama. Bila japanese cheesecake dah masak, size akan menurun sedikit, tetapi jika kek menurun lebih dari 1 inci maknanya kek belum masak sepenuhnya. Untuk mengelakkan kek cepat burn, boleh kurangkan suhu membakar. Sebarang pertanyaan bolehlah komen. Selamat mencuba Cream cheese – 250g Mentega – 30g Tepung Kek – 60g Susu segar – 80ml Telur – 5 biji (gred B) Gula Halus – 150g Jus Lemon – 1sk Air panas (letak dalam loyang semasa bakar) sk = sudu kecil ___________________________________________________________________ Cream cheese – 250g Butter – 30g Cake Flour – 60g Fresh Milk – 80ml Eggs – 5 (grade B) Fine Sugar – 150g Lemon Juice – 1tsp Hot water (to put in cake pan during bake this cake) tsp = tea spoon Facebook Personal : https://www.facebook.com/arissya.adam/ Facebook Page : https://www.facebook.com/Ariana-Sofia-Ahmad-by-dapur-ryyna-111272427341582 Instagram : https://www.instagram.com/ariana_sofia34/?hl=en

Comment