📍Lokasi » Boss Burger Solo
97, Jalan Seri Sentosa 12, Jalan Klang Lama, Taman Sri Sentosa, 58000 Wilayah persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
☎️ Nombor Telefon » 017-362 0104
Boss Burger Solo terkenal dengan burger dan roti john yang lazat dan menyelerakan. Istimewanya, sepanjang bulan Ramadan, Boss Burger Solo menawarkan kelainan dengan 24 jenis roti john yang hadir dengan pelbagai perisa dan topping. Berbanding hari biasa, mereka hanya menyajikan 8 jenis roti john sahaja. Sepanjang Ramadan, mereka hanya bercuti 2 hari, sementara selebihnya beroperasi setiap hari. Menariknya, sebanyak 1000 roti john berjaya dijual dalam sehari sepanjang bulan puasa.
Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.