Dalam video terbaru aku di @AzmarnizamOmar, ride ke Mersing ni adalah kali kedua aku dan kali pertama ride couple bersama wife.
Cuma kami agak galat kerana terlepas untuk pergi ke Istana Flinstone yang berada selatan dalam 10km dari bandar Mersing. Takde rezki kan apa nak dikatakan. Itu lah akibatnya kalau tak rajin follow itinerary.
Namun kami berpuas hati lah sebab dapat pergi ke tempat yg kami teringin nak melawat iatu Pantai Pasir Lanun dan beberapa tempat lain lagi.
First day ride kami disambut dengan cuaca yang agak panas.
Setiba je ri Rompin, kami agak keletihan dan lepak di satu kedai yang dipanggil kedai kopi Johan.
Kat Rompin ni lah kebetulah aku bertemu dengan brader yang menunggu untuk tayar kereta nya yang bocor dan kebetulan tayar moto aku pun bocor halus, jadi aku ambil kesenpatan untuk tampal di kedai tayar yang brother ni buat.
Kami tak sabar nak tiba ke hotel disebabkan cuaca yang panas dan kalau boleh nak berehat kan badan dan baring secepat mungkin.
Hari kedua pula cuaca best sangat. Ini adalah kerana hujan turun belah awal pagi dalam pukul 6 dan mendung berterusan hingga ke petang.
Kami sempat singgah di Kluang Railway Coffee dan juga Nasi Beriani Kari Kambing di Yong Peng sebelum kami terus kan perjalanan balik.
#ride #motovlog #rider #johor #mersing #couplerides #vstrom650xt #tour #pasirlanun #pantai