📍J8, Jalan Berlian, Taman Perwira Satu, 53100 Kuala Lumpur, Selangor
Garden 8 merupakan sebuah kebun taman komuniti di mana lokasinya berada di lorong belakang rumah yang dahulunya terbiar dipenuhi semak samun dan tidak 'famous' dalam kalangan penduduk setempat.
Namun, hasil kreativiti daripada pasangan suami isteri iaitu Puan Aida Haniza Adnan dan Encik Iqmal Fajri yang pada mulanya hanya mengisi masa lapang untuk memberi wajah baru kepada kawasan belakang rumah mereka semasa PKP dilaksanakan di seluruh negara suatu ketika dahulu.
Kini hampir semua kawasan kejiranan taman tersebut turut serta bagi mencantikkan lorong belakang rumah dan menjadikan Garden 8 salah satu tempat wajib dilawati bila datang ke Gombak.
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.