SALAM SABAH MAJU JAYA
PERLAKSANAAN PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH –
PAKEJ KERJA 07 – MENAIKTARAF JALAN DARI INANAM KE SEPANGGAR
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 07 ini melibatkan kerja kerja Menaiktaraf jalan dari Inanam Ke Sepanggar kepada empat Lorong dua hala ( dual carriageway ) sepanjang 9.9 KM. Pakej Kerja ini melibatkan pembinaan 6 Jambatan utama (Kiansom Bridge, Mansiang Bridfe, Keliangau Bridge, Tebobon Bridge) dan 5 Interchanges (PBH Sepanggar Link Interchanges, Kiansom Interchanges, Sepanggar Interchanges, Manggatal Interchanges, Kokol Interchanges) dan bermula daripada Kiansom Inanam ke Bandar Putera Telipok.
Oleh itu, jajaran ini adalah salah satu Pakej Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu / Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) yang di bina bertujuan untuk melancarkan pergerakan aliran trafik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas terutama pergerakan trafik keluar dan masuk ke bandaraya Kota Kinabalu.
Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah