MENU

Fun & Interesting

Kuih Siput Rangup dan Gebu, tak keras | Savoury Crispy Shell Snacks

Surianti Kitchen 62,209 1 year ago
Video Not Working? Fix It Now

Bismillahirrahmanirrahim, Kali ini saya kongsikan resipi Kuih Siput yang menjadi kudapan popular dari dulu hinggalah sekarang. Rasanya yang rangup dan gebu memang menjadi kegemaran orang dewasa mahu pun kanak-kanak. Kuih Siput ini popular tanpa mengira bangsa dipelbagai negara bukan sahaja di Malaysia. Sedap tau, anda mesti cuba. 📌 Kuih Siput ini versi rangup, gebu tapi tak keras macam batu. Kandungan Marjerin yang lebih akan menjadikan kuih siput gebu. Kalau kurang marjerin jadi keras. Sukatan secara ditimbang adalah lebih tepat berbanding sukatan cawan. Cara gorengan, kawalan api dan saiz kuih siput pun memainkan peranan juga yang akan menentukan sama ada kuih siput ini jadi gebu atau keras. //Bahasa Melayu ……….……….……….……….………. Kuih Siput 📷 Surianti Kitchen Bahan-bahan : 4 cawan tepung gandum (500 g) 1 sudu kecil garam ½ cawan marjerin (120 g) ¼ cawan air (50 ml) *air perlu ditambah jika doh masih keras Daun kari Bahan sangai dan tumbuk : 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar biji ketumbar Bahan kisar halus : ¼ cawan air (50 ml) ¼ cawan santan (50 ml) 1 biji telur 2 sudu besar udang kering 1 sudu besar rempah kari daging ½ sudu besar serbuk cili 4 biji bawang merah //English ……….……….……….……….………. Savoury Crispy Shell Snacks 📷 Surianti Kitchen Ingredients: 4 cups plain flour (500 g) 1 teaspoon of salt ½ cup margarine (120 g) ¼ cup water (50 ml) *water should be added if the dough is still hard Curry leaves Ingredients for toasted spices : 1 tablespoon fennel seeds 1 tablespoon coriander seeds Finely Ground ingredients: ¼ cup water (50 ml) ¼ cup thick coconut milk (50 ml) 1 egg 2 tablespoons of dried shrimp 1 tablespoon of beef curry powder ½ tablespoon chili powder 4 shallots #jendeladapursurianti #suriantikitchen #kuihsiputsurianti #kuihsiput #kudapan #sedap #foodie #viral

Comment