Resepi kuih tako
bahagian bawah
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan jus pandan ( 4 helai daun pandan blend dengan 1 cawan air)
4 cawan air
6 biji sengkuang cina (potong kecil-kecil)
pewarna hijau
bahagian atas
1/2 cawan tepung jagung
5 cawan santan
Garam secukup rasa
untuk Acuan daun pandan secukupnya
Cara penyediannya
Buat acuan terlebih dahulu.
1.Untuk bahagian bawah potong sengkuang cina halus-halus
2.Masukkan tepung jagung,gula pasir,jus pandan dan air kedalam mangkuk adunan
3.Kacau sebati sehingga gula larut.
4.Tapis adunan dan tambah sedikit pewarna hijau
5.Masak adunan sehingga mendidih dan kemudian baru masukkan sengkuang cina
6.Kacau sebati dan kemudian tutup api
7.Masukkan adunan kedalam acuan kuih tako separuh sahaja.ulang sehingga selesai.sejukkan.
8.Untuk bahagian atas masukkan tepung jagung,garam dan santan kedalam mangkuk adunan.
9.Kacau sebati kemudian tapis
10.Masak diatas api sehingga mendidih
11.Kemudian masukkan kedalam acuan kuih tako yang ada bahagian bawah.
#kuihtradisional#kuihlegend#mahanisalman