MENU

Fun & Interesting

Laksa Siam, pedas berlemak..betul sedap tak tipu.

Che Nom 128,650 7 months ago
Video Not Working? Fix It Now

Assalamualaikum..special untuk semua peminat laksa, jom tengok Che Nom sediakan laksa yang berasal dari negara jiran iaitu Laksa lemak Thai. Sesiapa yang belum pernah makan ini lah masanya untuk cuba. Kelainan laksa ni adalah pada kuahnya tu yang pekat berlemak. Lebih kurang macam laksam tapi kuah ni bewarna kuning dan yang paling penting penggunaan daun selasih dan daun limau purut dalam kuah memang special sangat aroma nya. Laksa lemak Thai biasanya dihidangkan dengan macam-macam jenis ulam-ulaman, jadi memang ianya menu yang sihat kerana tinggi fiber, tinggi protein dan ada macam-macam vitamin. Mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan yang terperinci untuk kuah laksa bermula dari proses rebus dan buat pes ikan, lepas tu penyediaan bahan-bahan kisar untuk kuah dan juga jenis2 santan yg boleh kita guna. Kemudian Che Nom tunjuk cara penyediaan laksa, kena guna jenis halus ye untuk laksa lemak Thai. Kita hidang lah dengan macam-macam jenis sayur &ulam. Siapa suka telur rebus boleh letak. Makan laksa ni confirm tambah bermangkuk-mangkuk, laksa halus tu yang buatkan bagi lebih sedap…cuba tau! //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan kuah laksa: 1 kilo ikan selayang atau kembung 1 pek laksa halus 3 keping asam gelugor** 1 biji bawang merah** 1 biji bawang putih** Air tenggelam ikan** Santan segar dari 1 biji kelapa parut ATAU 2 kotak santan kecil 6-7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci lengkuas 2-3 ketul kunyit 4 batang serai 1 sk biji lada hitam 10 tangkai cili api (lebihkan untuk pedas) Belacan, saiz ibu jari 1 genggam daun selasih 5 helai daun limau purut Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa Bahan untuk ulaman: Kacang panjang Daun laksa Bunga kantan Timun Taugeh Cili padi Limau kasturi Daun selasih //English ----------------------------- Laksa gravy ingredients: 1 kilo Sardine or Mackerel 1 pack thin laksa noodles 3 pieces dried tamarind** 1 shallot** 1 clove garlic** Water up until the fish is covered** Fresh coconut milk from 1 grated coconut OR 2 small boxes coconut milk 6-7 shallots 3 cloves garlic 1 inch ginger 1 inch galangal 2-3 pieces turmeric 4 lemongrass sticks 1 tsp black pepper 10 stalks bird's eye chilies (add more for extra spice) Fermented shrimp paste, thumb size 1 handful basil leaves 5 kaffir lime leaves Salt and sugar to taste Seasoning powder Garnish ingredients: Long bean Vietnamese coriander Torch ginger flower Cucumber Bean sprouts Birds's eye chilli Calamansi lime Basil leaves Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/ Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom

Comment