Dua laluan utama bagi pengguna jalan raya daripada daerah Pantai Timur Sabah (Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dll) untuk ke Kota Marudu/Kudat/Kota Belud
Jalan A: Jalan Marak-Parak
Jalan B: Jalan Sapi-Nangoh
Kedua-dua jalan menyediakan pengalaman tersendiri bagi pengguna jalan raya
Kelebihan Jalan A
➡️Banyak Stesen Minyak di tepi jalan (Telupid, Ranau)
➡️Kurang kenderaan (Jalan Marak Parak)
➡️Jalan diselenggara dengan baik (Jalan Marak Parak)
➡️Pemandangan indah di kaki Gunung Kinabalu
Kelebihan Jalan B
➡️Masa perjalanan lebih pendek
➡️Terdapat pekan-pekan kecil seperti Nangoh, Botition & Paitan
➡️Pemandangan kehidupan desa di sepanjang jalan
Kekurangan Jalan A
➡️Jalan kurang baik & ruang selamat memotong yang kurang
sepanjang Jalan menuju ke
Telupid-Ranau
➡️Bukit yang panjang dan curam sepanjang Jalan Marak Parak
➡️Jarak lebih jauh berbanding Jalan B
Kekurangan Jalan B
➡️ Terlalu banyak selekoh sepanjang Bukit Ular (mencabar tapi menarik😄)
➡️Jalan putus gravel-aspal (walau bagaimanapun, penyelenggaraan sedang dijalankan)
➡️Banyak 'potholes' terutama apabila menggunakan lane KM - Sapi-Nangoh
*segala pandangan hanya pandangan peribadi sahaja
**titik mula diambil daripada Bulatan Sapi-Nangoh