Fb page : https://www.facebook.com/Suri-Bestari-362434270853659/
Instagram :
Link fb untuk ketahui lebih lanjut berkenaan pembekal daging halal yang organik , KEDAI DUNIA DAGING :
https://www.facebook.com/livestock.duniadaging.1
&
https://www.facebook.com/duniadagingalqudslivestock/
Sukatan bahan-bahan membuat pes Kuzi yang Mami Nie berikan ini sempurna untuk menghasilkan masakan Kuzi versi Kelantan yang bercitarasa unik, berwarna gelap, tidak pedas, tidak terlalu cair tetapi tidak banyak kuahnya. Boleh saja nak menambah air atau santan untuk lebih banyak kuah , namun perlu difahami , rasa pes akan sedikit berkurangan dan warna Kuzi lebih cerah ye ( berlainan dari gambar yang ditunjukkan ) .
Resepi Kuzi ini adalah Kuzi versi negeri Kelantan , di mana tradisi orang Kelantan masak Kuzi ini untuk dimakan bersama roti jala & roti bun .
CARA MENYEDIAKAN PES KUZI SEGAR DARI RUMAH
BAHAN REMPAH KERING :
------------------------------------------
Disangai & diblend
2 sdb jintan putih
1 sdb ketumbar
1 sdb lada putih
1 sdb jintan manis
2-3 btg kulit kayu manis
8-10 tangkai bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai cili kering yang merah
BAHAN REMPAH BASAH :
------------------------------------------
Dipotong-potong & goreng berasingan setiap satu bahan dengan sedikit minyak kecuali 1/2 cawan kacang badam dipanggang shj
1/2 cawan kismis hitam ~ goreng
2 bj bawang holand ~ goreng
10 bj bawang merah ~ goreng
10 ulas bawang putih ~ goreng
2 inci halia ~ goreng
3-4 biji tomato masak ranum dicincang jg digoreng sekejap
1/2 cawan badam tumbuk ~ panggang sekejap campur kemudian
Goreng REMPAH BASAH & blend semuanya kecuali kismis & badam dicampurkan tanpa blend
Biarkan seketika, hilangkan wap panas , masukkan dlm botol kaca kedap udara & simpan dalam peti sejuk, pes memang boleh tahan berbulan lamanya .
Nota : Kurang penggunaan air dalam menyediakan pes, lebih tahan lama pesnya .
Mudahkan ? Mami Nie cadangkan , suri-suri buat pes ni esok untuk mudah masak Kuzi di bulan puasa @ di musim raya yang dah tak lama lg ni
Jom lihat mudahnya masak Kuzi dgn pes siap Mami Nie ni .
BAHAN PERAP LAUK KUZI
--------------------------------------------
( 2 ekor ayam/2 kg daging )
Saffron
Halia
Bawang putih
Garam
~ Ditumbuk/blend & perap lbh kurang 30 minit ke 1 jam
~ Goreng sekejap shj, jika tidak, lauk jadi keras dan kering sebab 2 kali masak
~ Jika menggunakan daging yang agak keras eloklah rebus dl ye sampai empuk sebelum diperap & digoreng .
Nota : Jika nak masak sikit-sikit boleh ikut sukatan bahan yang Mami Nie tunjuk cara dlm video ye
BAHAN TAMBAHAN :
-----------------------------------
2 tin susu cair yang diperah 3 biji limau nipis ( untuk 2 ekor ayam / 2 kg daging )
Garam & pemanis secukup rasa
Mami Nie gemar gunakan gula kabung @ gula melaka untuk masakan tradisional ni
BAHAN HIASAN :
----------------------------
Kacang gajus ~ dipanggang
1 sdb kismis kuning ~ dipanggang
Bawang goreng
Tumis sekejap pes Kuzi dengan minyak sapi @ minyak kelapa
Kemudian masukkan BAHAN TAMBAHAN & LAUK KUZI yang sudah diperap goreng tadi, biarkan ia mereneh sehingga agak pekat dengan api sederhana, kacau sekali sekala
Cukupkan dan seimbangkan rasa ye
Dah pecah minyak, masakkan dengan api perlahan, hiaskan dgn kacang gajus & kismis
Nota : Enak sekali dimakan dgn roti jala, roti bun, pulut , nasi minyak dsb. Yang berkuah banyak & pucat kuahnya biasanya kurang sesuai dimakan dengan nasi & pulut .
Perlu difahami masak Kuzi mestilah menggunakan rempah Kuzi ye bukan rempah Beriani, Kari @ Kurma & tradisi memasak Kuzi Kelantan tidak menggunakan sebarang cili dan daun . Warna masakan Kuzi juga lebih gelap . Cadangan Mami Nie, jika mahu dimakan bersama hidangan nasi , eloklah dilebihkan portion rempah kering dalam pembuatan pes Kuzi tadi & digandingkan dengan acar buah @ acar nenas yang agak pedas. Namun terpulanglah kepada citarasa masing-masing, lebih-lebih lagi bila mahu menyesuaikan masakan Kuzi dengan hidangan masing-masing .
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENONTON , SUDI LIKE & SUDI SUBSCRIBE CHANNEL MAMI NIE 💕
#kuzi #kuzikambing #kuzikelantan #kuziayam #peskuzi #rencahkuzi #masakkuzi #masakankuzi