rezeki nelayan pukat jerut TRF1440 dengan hasil tangkapan ikan pulutan.selebihnya hasil tangkapan dimuatkan menggunakan bot pukat jerut TFA1474 dan bot rumah api sehingga sampai ke jeti Lkim Pulau Kambing.#terengganu #nelayan #fisherman #laut #lautdalam #ocean #oceans #pulutan
Profil Duri Pulutan
Nama Saintifik: Arius tenuispinis
Keluarga: Arridae
Nama Lain: Duri, Pulutan, Mayong, Utek
Ciri Fizikal: Badan cerah, bersengat 3, memiliki 4 pasang sesungut, ekor cabang memanjang. Kepala leper dan keras.
Diet: Hampir semua hidupan di muara sungai dan sekitar habitatnya termasuk krutesia, anak ikan, perumpun, sotong dan sebagainya
Habitat: Muara sungai, persisiran pantai kedalaman sehingga 50 meter.
Taburan: Persisiran pantai timur Afrika, barat India, Asia Tenggara dari Teluk Benggal, Selat Melaka hingga Laut China Selatan dan hampir serata semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Bentuk Dan Ciri Fizikal.
Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesungut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (1 atas badan, 2 di kiri kanan sirip utama).
Separa bisa yang maksudkan ialah kesan bisa tidak lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.
Duri pepulut atau ikan pulutan dikenali berdasarkan bentuk fizikal berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.
Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar di tanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali.#boat #woodenboats