Gunakan kod "DESTINASITV" untuk 10% DISKAUN apabila membeli barangan PETRONAS MERCHANDISE di https://www.petronasmerchandise.com
Setelah beberapa minggu Fendi dah review Nasi Kandar terbaik di Georgetown dan sekitarnya, sekarang kita serbu pula kedai Nasi Kandar di sekitar Butterworth!
Kali ini Fendi bersama Faiz Melantak Beb akan mencuba antara Nasi Kandar legend di Butterworth yang katanya telah dibuka sejak 1923 dan kini diwarisi oleh cucu cicitnya di bawah Flat berhampiran Masjid Jamek Bagan Dalam.
Walaupun kedai ini kelihatan sangat sempoi, makanan disini tidak mengecewakan dan sering menjadi "port" para jemaah Masjid untuk menikmati Nasi Kandar selepas menunaikan solat.
📍Lokasi » Nasi Kandar Jalil
B-G-07, Pangsa Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam, 12100 Butterworth, Pulau Pinang
⏰ Waktu Operasi » 5 pagi - 10 malam
Playlist The Nasi Kandar Show Penang » https://www.youtube.com/watch?v=322-LR5tW84&list=PLn7w93GRBcG-RLiMlMqwXPQ1DMiDAU1Ni
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.