MENU

Fun & Interesting

"Nasi Lemak Pondan memang asli," kata Jojie

KiniTV 350,602 8 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Statusnya yang digelar 'pondan' tidak menghalangnya untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Oleh itu, sebanyak 100 bungkus nasi lemak akan diagih ke masjid-masjid di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat. Itu niat Jojie Kamaruddin, sebagai tanda syukur selepas "nasi lemak pondan" yang diusahakannya berhasil dan menjadi tular hanya dalam masa beberapa hari. Bermula dengan mencuba nasib dan sekadar 'suka-suka', gerai nasi lemak pondan yang terletak di Jalan Sri Permaisuri, Cheras itu kini semakin mendapat sambutan. Pemiliknya yang lebih senang dengan sapaan Jojie berkata, niat untuk bersedekah kepada masjid dibuat selepas dia berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM2,000 sehari hasil jualan nasi lemaknya. "Jadi saya pasang niat untuk sedekahkan 100 bungkus setiap Jumaat di masjid sekitar Kuala Lumpur dan adik-adik saya akan bertanggunjawab untuk menghantar nasi lemak tersebut," katanya ketika ditemui Malaysiakini di gerainya baru-baru ini. Jojie, yang juga merupakan seorang pereka fesyen dan perunding majlis perkahwinan berkata pada awalnya dia sekadar mencuba untuk berniaga nasi lemak selepas butik miliknya ditutup, namun tidak menyangka ia akhirnya membuahkan hasil. Bagaimanapun Jojie berkata dia sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi pelbagai cemuhan dan kritikan, memandangkan status dirinya yang digelar sebagai 'pondan' dan nama nasi lemaknya yang unik. "Apatah lagi selepas perniagaan saya ini mendapat publisiti, sudah tentu ada yang tidak puas hati. Bukan saya sahaja, sesiapa sahaja yang berniaga perlu bersedia dengan risiko itu,” kata Jojie yang kini meneruskan perniagaan butik secara dalam talian. Jelas Jojie, meskipun dia seorang pondan atau digelar mak nyah oleh masyarakat, namun nasi lemaknya adalah 'asli dan halal untuk dimakan'. “Nasi lemak saya memang asli, walau siapa pun yang masak nasi lemak itu. Saya sendiri manusia seperti kamu. Jadi yang masak (nasi lemak) ini pun manusia dan tak ada istilah haram, tidak ada istilah kecelaruan,” jelas anak kelapan daripada 17 adik-beradik. Layari berita lanjut http://www.malaysiakini.com/news/377112

Comment