Pengembaraan kali ini aku telah di ajak oleh Kak Zu untuk melihat keindahan alam dan Air Terjun Chemerong dalam trip yang diberi nama CBL (Chemerong - Berembun - Langsir). Trip CBL ini dibuat selama 3 hari 2 malam. Semasa dalam pendakian, aku telah diberitahu oleh Malim Gunung yang aku dan Kak Zu bukan buat CBL tetapi adalah CLB iaitu Chemerong, Langsir dan Berembun.
Selepas beberapa tahun telah ditutup oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, kini ianya telah dibuka semula untuk para pencinta pendaki gunung di luar sana. Entah bagaimana? Rezeki tidak salah alamat, aku dan Kak Zu menjadi orang yang pertama untuk pendakian trip CBL ini. Aku tidak tahu ingin ku katakan bagaimana, sehingga sekarang aku masih tertanya pada diri aku. Adakah aku bertuah? Atau malang?
Seramai 60+ peserta dari serata Malaysia yang ikut trip CBL ni. Ya! Memang ramai!
Aku dan Kak Zu menjadi kumpulan yang paling belakang sekali bersama ditemani ‘sweeper’. Hujan yang turun sepanjang hari dalam pendakian membuatkan beg yang kami pikul menjadi berat dan memberi kami sedikit tekanan serta membuatkan terasa agak ‘MENTAL’.
Badan yang terasa lesu dan trek yang basah lecak membuatkan pendakian semakin mencabar. Hanya kerana ingin tidur di Kem Langsir 2 malam. Aku tak dapat nak berenang di Sungai Bangan.
Malim Gunung memberitahu kepada Aku dan Kak Zu, ‘BERUNTUNG DAPAT TIDUR DI KEM LANGSIR 2 MALAM’. Ini kerana trip CBL adalah trip yang digemari para pendaki gunung di luar sana disebabkan keindahannya dan agak sukar untuk dapat tidur di KEM LANGSIR 2 MALAM.
Tetapi aku tidak dapat melihat keindahan tersebut kerana beberapa faktor dan hujan yang turun sepanjang trip 3 hari 2 malam ini.
Apakah kisah pengembaraan aku kali ni?
Korang kena tengoklah video ni.
HIDUPLAH SEHIDUPNYA!
0:00 Intro
1:06 Melaka Sentral
3:23 Cari Kedai Sarap
4:21 Tunggu Bas Ke Kuantan Sentral
4:48 Ke Kuantan Sentral!
6:43 Kuantan Sentral!
7:05 Menuju ke Bandar Kuantan
8:49 Jumpa Kak Zu
9:11 Hutan Lipur Chemerong
9:30 Persiapan dan Persediaan Sebelum Pendakian
11:50 Ucapan dan Doa
12:33 Pendakian Bermula
14:36 Cabaran Trek CBL
16:32 Aku Bukan Budak Hiking
17:03 Air Terjun Chemerong
20:16 Trademark Aku
20:37 Suasana Sedikit Tegang
22:59 Bukit Taubat
27:18 Sampai Di Kem B
28:24 Main Ikan
30:52 Group Terakhir
31:28 Masih Mendaki
32:42 Aku Dah Tak Nak Hiking
34:38 On Trek Berdua Dalam Gelap
36:11 Sampai Kem Langsir
37:21 Selamat Pagi Kem Langsir
39:43 Termenung Dek Hujan
40:11 Kepala Air
40:55 Dah Malam
41:50 Luahan Hati Sebelum Balik
43:30 Pendakian Ke Gunung Berembun
44:04 Pokok Hutan
44:57 Meraga Berlubang
45:17 Dah Sampai
46:18 Aku, Kak Zu dan Mama
47:15 Timbang Beg
48:49 Ucapan Untuk Para Hikers
49:35 Ringkasan Trip Pendakian CBL
50:17 Habis
Kamera yang digunakan sepanjang buat vlog :
One Plus On Phone Camera
Poco F3 Phone Camera
Insta 350 One X2
Follow Me
Instagram : That Little Truck
Facebook : Mohd Aizuan Alif
Tiktok : Wan_Remy
Sekiranya ingin berkolaborasi boleh email saya di
[email protected]