Perjalanan dari Kuala Belait, Brunei ke Kuching Sarawak di Malaysia menggunakan satu tanki minyak tanpa mengisi sehingga ke penamat? soalannya adakah mampu mencapai destinasi?
.
Nissan Brunei, Syarikat Boustead Sdn Bhd ingin mencatat sejarah baru Nissan X-Trail e-POWER sebagai ‘SUV’ pertama di Brunei berkemampuan membuat perjalanan dari Kuala Belait, Brunei ke Kuching Sarawak di Malaysia dengan hanya menggunakan satu tangki minyak sahaja.
Team Mantukabrunei yang menyertai program cabaran ini dibawah 'e-POWER Endurance Drive' menyaksikan sendiri bahkan memandu sendiri sehingga ke penamat terbukti akan kebolehan Nissan X-Trail dengan teknologi e-POWER dari Nissan itu.
Menurut Penolong Pengurus Pemasaran Nissan Brunei, Roslyanti binti Haji Rosli berkata, kami gembira kerana berjaya menganjurkan e-POWER Endurance Drive di mana kami menguji Nissan X-Trail e-POWER dengan memandu dari Brunei ke Kuching dengan hanya satu tangki minyak. Mencapai Kuching dengan satu tangki benar-benar mempamerkan kecekapan bahan api, kuasa, kebolehpercayaan dan inovasi yang dibawa oleh X-Trail e-POWER untuk perjalanan yang jauh.
.
#mantukanews #mantukabrunei #brunei #bruneinews #nissan #nissanbrunei #nissanxtrailepower