Podkastera Episod kali ini bersama Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin (PU Faiz) membincangkan tajuk Benarkah llmu Tauhid Sifat 20 Menjadi Benteng Fitnah Akhir Zaman?
Topik Fokus:
00:00 - Intro
00:16 - Kenali Imej Pu Faiz
08:13 - Sejarah Sifat 20
18:14 - Tuduhan Sifat 20 Dari Falsafah
28:26 - Sesat ke Tauhid 3
Sebenarnya untuk mengenal Allah atau ma’rifatullah bukanlah dengan hanya mengetahui sifat 20 tetapi pengajian sifat 20 merupakan asas kepada makrifat kepada Allah SWT. Kerana Allah SWT mempunyai sifat kesempurnaan yang tidak terhingga bagi-Nya dan 20 sifat ini adalah sifat kesempurnaan Allah yang wajib diyakini. Kalau sifat yang 20 ini tidak ada, maka yang lain lebih-lebih lagi tidak ada. Allah SWT bukan hanya bersifat dengan 20 sifat itu sahaja tetapi 20 sifat itu adalah sifat-sifat yang tidak boleh tidak untuk kita mengetahuinya untuk mengenali sifat-sifat Allah yang lain lagi.
Sifat 20 itu merupakan asas dalam mempelajari ilmu tauhid. Itulah tradisi yang berlaku pada zaman lampau yang telah pun dibentangkan oleh para ulama dengan penuh teliti dan penuh perhatian untuk menjaga akidah orang awam daripada terpesong daripada hakikat keimanan.