MENU

Fun & Interesting

Pulut Cawan Serunding Kelapa yang sedap weiii !!

Azlita Masam Manis 75,311 4 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Pulut Cawan atau ada yang panggil pulut seruding, resepi yang sangat mudah di sediakan. Ringkas cepat dan yang paling utama sedap! Untuk dapatkan serunding kelapa yang sedap kenalah guna kelapa yang muda , baru lembut dan enak. Pesan mak lagi masak kena lama.. api kecil aje.. biar dia berderai dan warna oren kemasan dengan aroma rempah ratus yang semerbak itulah yang membagkitkan selera. Dalili memang suka makan pulut. Tapi ma pesan.. jangan kerap sangat makan pulut .. banyak angin mudah sakit kepala. Pokok kelapa belakang rumah ma ni dah tinggi melangit, tak tercapai di tangan. Kalau kelapa tua boleh juga di jolok atau di kait. Nak ambil yag muda siapalah yang nak memannjatnya.. maklumlah tuan tanah dah boroi.. boroi.. belaka.. hihi Kalau kat kampung ni.. untuk dapat kelapa muda kita gunakan khidmat Jony.. Beruk Pok Leh yang cekap dan tangkas memilih kelapa yang kita nak. Cakap aje nak hok muda ke hok tua ke.. pantas tangan dan kakinya ligat memulas butir-butir kelapa.. bedebuk! debuk! jatuh ke tanah. Upah jony hanya rambutan yang dah masak ranum tak berkait.. seronok dia menikmati rambutan untuk alas perut lepas penat memanjat. tapi awas jangan dekat.. bekeng jonny ni.. Seronok tinggal di kampung.. nak apa semua ada.. fresh dari ladang! PULUT CAWAN PULUT 2 cawan pulut ~ rendam 4 jam 2 cawan santan sederhana pekat 1 sudu teh garam cuci pulut bersih, toskan satuka semua baha dalam periuk nasi dan tanak macam biasa boleh juga di kukus SERUNDING KELAPA 2 biji kelapa muda ~ parut ambil bahagian putih sahaja 3 sudu besar ketumbar 2 sudu besar jintan mais 1 sudu teh jintan putih * bahan ni di sangai 15 ~ 20 tangkai cili kering 2 inc legkuas 2 inc halia 2 inc kunnyit hidup 4 ~ 6 batang serai 4 ulas bawang putih 8 ulas bawang merah 4 sudu besar udang kering ~ rendam hingga lembut 2 inc belacan * bahan ni di kisar 1/2 cawa air asam jawa garam gula secukup rasa * cara masak boleh rujuk video selamat mecuba

Comment