MENU

Fun & Interesting

Punten, hidangan asli Jawa Malaysia

Che Nom 121,223 12 months ago
Video Not Working? Fix It Now

Kali ni Che Nom share resepi menu yang tengah viral dan dikatakan makanan asli masyarakat Jawa di sebelah Selangor, iaitu Punten dan Sambal Ijo yang pedas berasap menyengat. Seumur hidup memang Che Nom tak pernah makan sempai lah viral baru2 ni. Apa rasa Punten ni? Mesti ramai yang tanya kan. Nasi nya tu seakan-akan rasa nasi lemak yang digabung dengan nasi impit. Beras dimasak dengan santan supaya lembik hasilnya, kemudian kita tumbuk sampai halus sebelum dibentukkan menjadi Punten. Nak bentukkan tu yang agak mencabar. Dan yang menariknya bila kita makan dengan sambal ijo yang harus dimasak menggunakan cili hijau kampung bersama dengan Ikan bilis dan udang kering tumbuk. Memang sedap sambal ni tau, pedas nya tu ketagih bila makan dengan nasi. Anda wajib cuba! //Bahasa Melayu ------------------------------ Bahan-bahan sambal hijau: 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 biji bawang merah kecil 120g cili padi hijau 1 mangkuk ikan bilis 2 sb udang kering Sedikit air asam jawa Gula Garam secukup rasa Serbuk perasa Bahan-bahan Punten: 2 cwn beras 6 cwn santan Garam Daun pandan Sedikit minyak //English -------------------------------- Green chilli sambal ingredients: 1 red onion 4 cloves garlic 3 shallots 120g green bird's eye chillies 1 bowl anchovies 2 tbsp dried shrimp A little bit tamarind juice Sugar Salt to taste Seasoning powder Punten ingredients: 2 cups rice 6 cups coconut milk Salt Pandan leaf A little bit cooking oil Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/ Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom

Comment