PUTERI QASHRINA CHALET
Pantai Puteri, Tanjung Kling Melaka
Jenis Chalet - Rumah Kayu Beranda
Date check in: 28-29 November 2021
Harga - RM280 semalam (Tanpa Breakfast)
*Ni aku book direct Website diorg dekat
http://pantaiputeri.com lps tu kena wasap utk confirm tarikh bile yg available.
Contact no : 017-3061116
💵Deposit RM50
👨 Staf ok, Peramah, tanya ape pon diorg bleh jawab xde hal
🏙 Bilik kaunter pendaftaran kecik comey jer tapi ada mcm2 jajan dalam tu. Dah mcm mini mart dh😬
🪟 Jenis Chalet : Rumah Kayu Beranda
Chalet dia ada balkoni kt depan plus lampu dan kipas lg tu😊 Paling best depan bilik ada pool.sng anak2 nak mandi. Bilik dia ok luas jugak. Ada katil queen dan sofa besar kt tepi katil. Dah mcm sofa bed dh aku tgk siap boleh tdo dekat situ hihi..
🧺 Kat sini xde almari yer. Diorg just penyangkut kat tepi katil plus telekung & sejadah utk kemudahan solat.
🚽 Tandas dia agak bahaya kome sebab kena turun tangga ke bawah. So berjaga2 la yer. Toilet bowl dia pkai bidet spray biase. Tiada toiletries disediakan. Hanya sabun mandi dlm bekas jer yg lekat dlm bilik air.
🍲 Masa aku pegi ari tu Cafe dkt situ tutup pulak. So x dpt nk merasa makanan kt situ. Beli food panda jer la dgn mkn kt tepi pantai..hihi😅
⛲️ Pool dia ada 3 beb, 2 dekat Qashrina Chalet (bukak 7pg-7mlm) & 1 lg dekat Qashrina Cruise (7pg-10mlm). Saiz pool sederhana, ada side kanak2 dan ada dinasour kt situ🦣
🏝 Chalet ni memang mengadap Pantai Puteri..jalan kaki 2 3 minit dah sampai. Dekat pantai tu meriah bermcm2 kedai mkn ada kt situ. Tak kurang jgk aktiviti pantai mcm main layang2, main buih dan lain2 lg.
Kemudahan lain :
Depan chalet dekat tempat parking ada disediakan surau yg cantik dan besar plus dgn tandas dkt situ. Lps tu sebelah surau ada mini mart senang nk beli megi buat stok mkn tgh mlm hihi..😄
✅Overall Chalet ni ok sbb pool dpn bilik dan dekat dgn pantai. Staf ok not bad. Cuma bilik la bau rokok ckit masa aku dtg ari tu.
🚙 Parking FREE jer kome
Kena check website /FB diorg utk info terkini.
Semoga bermanfaat yer kome👍🏻😉