Episod kali ni agak berbeza sedikit kerana buat pertama kalinya Che Nom nak buat resepi youtiao atau cakoi versi tanpa yis. Resepi di rujuk dari YouTube channel Angel Wong’s kitchen. Nampak rangup berongga aja hasil cakoinya.
Adunan doh mudah sahaja, cuma yang rumit adalah caranya tu. Kita uli doh dan perap sebanyak 2 kali. Untuk kali yang pertama doh diperap 1 jam dan yg kedua kita guna cara cold overnight proofing pula sebelum dikeluarkan beberapa jam untuk dibentuk dan digoreng
Dalam video ni juga Che Nom kongsi cara sediakan sos pandan kastard yang manis berlemak dan wangi guna daun pandan asli, tanpa pewarna.
//Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan Cakoi:
1 1/2 cwn / 195g tepung gandum
3 sk serbuk penaik
1 sk gula halus
1/4 sk garam
2 sb minyak masak
1/2 cwn / 120ml air
Bahan-bahan sos pandan:
4-5 helai daun pandan
1 cwn /237ml air
2/3 cwn / 160ml susu cair
1 biji telur, saiz A atau B
1 sb tepung jagung
5-6 sb gula
Pewarna hijau, jika perlu
Secubit garam
//English
-------------------------
Cakoi ingredients:
1 1/2 cups / 195g plain flour
3 tsp baking powder
3 tsp castor sugar
1/4 tsp salt
2 tbsp cooking oil
1/2 cup /120ml water
Pandan sauce ingredients:
4-5 pandan leaves
1 cup / 237ml water
2/3 cup / 160ml evaporated creamer
1 egg, size A or B
1 tbsp corn flour
5-6 tbsp sugar
Green food colouring, if desired
A pinch of salt
Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/
#resepichenom