Assalamualaikum sahabat semua.
Salam satu Hobi Outdoor..
Alhamdulillah.setelah sekian lama tak buat video..kali ini baru ada kelapangan untuk terus berkarya dengan hobi.Disebabkan kekangan dengan pekerjaan baru,masa sangat mencemburui saya.Sangat sukar untuk saya beraktiviti seperti dulu.
Segmen JOM REDAH kali ini..
Saya turun di sekitar kuala Selangor iaitu di jeram, Pantai remis untuk mencari spesis yg lebih dikenali di sini iaitu kupang atau siput sudu.Untuk sampai ke spot pencarian,sangat susah dan mencabar kerana terpaksa meredah lumpur dan seterusnya berjalan kaki di kawasan berair di mana di bawahnya adalah lumpur dan bukannya pasir.Saya teruskan mencari apabila tiba di lokasi.Alhamdulillah ada juga dapat kupangnya.Tapi trip kali ini bertukar kepada pencarian spesis lain iaitu siput kemudi kapal.Saya terjumpa banyak sekali siput kemudi kapal di sini.Sehinggakan bila masa nk pulang baru jumpa kawasan kupang.Tapi sayang bekas saya sudah penuh dan sukar untuk saya kutip dan bawa balik.
Jadi hasil kali ini banyak yang saya dapat adalah siput kemudi kapal.syukur pada Allah atas rezekinya.Walau pun sangat sukar untuk saya mengambil video,namun saya cuba juga untuk tontonan sahabat semua.
saksikanlah video saya ini hingga akhir ya.Terima kasih pada semua yg sudi support.
Syukur atas rezeki yang Allah beri..Alhamdulillah
“Nak ikan jangan takut panas,basah dan kotor”..selamat menonton....FRUGAL OUTDOORS
Setup in this video :
Redmi Note 10 pro camera
Tripod Weifeng WT-3110A
Follow our Social Media :
FacebooK : https://www.facebook.com/jomredah.jomredah
Instagram: halim_jomredah
Tik Tok : https://vt.tiktok.com/ZSe1evVEF/
My email address : [email protected]
Video editor : filmora 9
Custom intro animation creator https://panzoid.com/tools/clipmaker?c...
Audio Trimmer MP3 Cutter https://audiotrimmer.com/#
jangan lupa subscribe ,like dan coment..terima kasih