MENU

Fun & Interesting

Resepi LEMPENG KELAPA atau PEKNGA | Sarapan Legend Orang Kampung Penuh Nostalgia

Dayang Suri 18,865 2 years ago
Video Not Working? Fix It Now

Assalamualaikum, hye semua! Kalini Dayang nak tunjukkan Resepi LEMPENG KELAPA atau PEKNGA....sarapan legend orang kampung yang penuh dengan nostalgia dan menggamit memori..... Dayang akan tunjukkan CARA bagaimana untuk membuat peknga atau lempeng kelapa yang tebal, lembut, gebu, lemak manis,masin semua secukup rasa lah...Bahan-bahannya pun cukup mudah,bahan asas sahaja dan mudah didapati, hanya perlukan lima ke enam bahan je... Lempeng Kelapa ni sangatlah sesuai dicocah dengan kuah kari, gulai dan juga sambal tumis....kalau nak makan camtu saja pun sedap sangat dah sebab ada inti kelapa tu,hidang panas-panas,waktu musim hujan macam sekarang ni kan,bulan December,musim tengkujuh ni aduhaii memang la sedap sangat,cuaca sejuk,dapat makan lempeng kelapa panas bertemankan secangkir kopi,apa nak kata....sambil makan sambil teringat kenangan waktu kecil dulu,sarapan ni memang Dayang makan dari kecil dulu,orang kampung dan orang dulu dulu memang masak lempeng je pepagi,sekeluarga makan,ada yang berselimut dengan kain pelikat sebab sejuk😊,ni lah "pancake" kami dulu.... Oklah,jangan lupa tengok video sampai habis untuk lebih tips, dan cara lebih details penghasilan LEMPENG KELAPA atau PEKNGA ni, tekan tombol like,subscribe,komen dan share untuk manfaat bersama okay.Terima kasih. Bahan-Bahan 1 cawan tepung gandum 1 cawan kelapa parut 1 cawan santan segar 1/2 cawan air 2 sb gula 1 sb garam halus TIPS : Lempeng kelapa ni kena masak guna api perlahan atau sederhana supaya masak sekata. #lempeng #lempengkelapa #pancakes #resepidayangsuri #pancake #pancakerecipe Sebarang urusan RASMI SAHAJA boleh hubungi Dayang dialamat emel dibawah 💌[email protected]

Comment