MENU

Fun & Interesting

Roti nak expired kita buat cucur, rangup & sedap.

Che Nom 139,799 6 months ago
Video Not Working? Fix It Now

Tema resepi kali ni ialah elakkan pembaziran atau tema menu hujung bulan, ha kita masak guna bahan-bahan yang biasa ada je kat semua rumah iaitu roti keping dan hasilkan cucur roti yang rangup di luar tapi lembut dalamnya. Che Nom memang suka makan cucur, atau cekodok. Jadi menu macam ni memang layan sangat lah, nak-nak pulak kalau waktu petang, time hujan ke, mengadap sorang pun boleh habis sepiring besar. Roti yang dah nak expired tu, kita carik-carikkan dan rendam air biar lembut, kemudian tambah lah bahan-bahan apa saja yang kita suka, apa yang ada dalam peti sejuk tu, adjusts cukup rasa dan goreng sampai rangup keperangan. Disebabkan Che Nom suka makan cucur dengan sos pencicah banjir, jom kita tgk cara nak buat sos pencicah bawag putih, memang ngam. Kadang-kadang rajin tu memang Che Nom buat lah, tak rajin kita cicah sos botol je. Tetap on, tetap layan makan dgn cucur. //Bahasa Melayu ----------------------------- Bahan-bahan cucur: 6 keping roti sandwich 1/2 cwn daun bawang 1/2 biji bawang besar 1/2 cwn parutan carrot 2 tangkai cili merah besar 1 mangkuk taugeh 50g / 1 genggam ikan bilis Sedikit garam 1-2 sk gula 1/2 sb serbuk pati ayam 1/2 sk serbuk kunyit (pilihan) 2 sb air bancuhan kapur makan (pilihan) 1 sk serbuk penaik 1 1/2 cwn tepung gandum Air (agak-agak) Bahan-bahan sos pencicah: 3-4 tangkai cili merah besar 2 sb gula 1 cwn air 3 ulas bawang putih 2-3 sb sos cili Jus limau kasturi 2-3 sb air bancuhan tepung jagung 1 sb sos ikan Garam secukup rasa //English ----------------------------- Fritter ingredients: 6 pieces sandwich bread 1/2 cup spring onion 1/2 big onion 1/2 cup grated carrot 2 stalks red chilies 1 bowl bean sprouts 50g / 1 handful anchovies A little bit of salt 1-2 tbsp sugar 1/2 tbsp chicken stock powder 1/2 tsp turmeric powder (optional) 2 tbsp limestone water (optional) 1 tsp baking powder 1 1/2 cup plain flour Water (just estimate) Dipping sauce ingredients: 3-4 stalks red chilli 2 tbsp sugar 1 cup water 3 cloves garlic 2-3 tbsp chilli sauce Calamansi lime juice 2-3 tbsp cornstarch slurry 1 tbsp fish sauce Salt to taste Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-che-nom-guna-di-youtube/ Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-guna-di-youtube/ Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-nom-guna-di-youtube/ #resepichenom

Comment